Jumaat, 11 Jun 2010

**KELAHIRAN NABI MUHAMMAD S.A.W**


Pada waktu umat manusia dalam kegelapan dan kehilangan pegangan hidup, maka pada subuh malam Isnin bersamaan 12 Rabiul-Awal Tahun Gajah bersamaan 20 Ogos 570 Masihi. lahirlah seorang bayi di kota mekah yang kelak membawa perubahan besar bagi sejarah peradaban dunia.

Bayi itu lahir dalam keadaan yatim kerana ayahnya yang benama Abdullah Bin Abdul Mutalib telah meninggal dunia di kota Yasrib (Madinah), iaitu dua bulan sbelum kelahirannya. Ibunya bernama Aminah binti Wahab. Kedua ibu bapanya adalah dari keturunan Quraisy yang di hormati oleh kabilah-kabilah Arab.

Kehadiran bayi itu disambut oleh datuknya Abdul Mutalib dengan penuh kasih sayang. Kemudian ketika anak itu berumur 7 hari, datuknya telah membawanya ke Ka'bah dan membawanya tawaf. Selepas itu datuknya telah mengorbankan beberapa ekor kambing sebagai tanda kesyukuran dan di situlah datuknya memberi nama Muhammmad (yang dipuji) agar sentiasa mendapat pujian dari Allah dan seluruh makhluk di muka bumi ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan